Kekejaman tentera Myanmar didedah

Thursday, November 16, 2017

Kekejaman tentera Myanmar didedah

Kekejaman tentera Myanmar didedah

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Tentera Myanmar didakwa merogol beramai-ramai wanita dan remaja perempuan Rohingya ketika kempen ketenteraan baharu dilancarkan di Rakhine pada Ogos lalu yang membawa kepada lebih 600,000 penduduk melarikan diri ke Bangladesh, menurut kumpulan hak asasi manusia, semalam.

Pendedahan Human Right Watch berpusat di Amerika Syarikat itu dibuat menerusi laporan keganasan seksual dan bentuk kekejaman lain yang dilakukan tatmadaw berdasarkan temu bual dengan mangsa.  

Tindakan itu menyebabkan wanita dan remaja perempuan terbabit mengalami trauma melampau," kata penulisnya, Skye Wheeler.  

Sementara itu, menerusi laporan They tried to kill us all oleh kumpulan Fortify Rights, telah membongkar perbuatan kejam tentera mengelar leher penduduk Rohingya dan turut membakar mereka hidup-hidup.

"Ada bukti yang sudah didokumentasikan menunjukkan tindakan ini," menurut laporan itu berdasarkan temu bual bersama lebih 200 mangsa Rohingya, saksi dan pekerja agensi bantuan antarabangsa, lapor Agensi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment