Kejayaan IMCTC dorong militan kembali ke Asia Tenggara
KUALA LUMPUR - Kejayaan Pakatan Ketenteraan Islam Memerangi Keganasan (IMCTC) ke atas Daesh di Asia Barat menyebabkan militan asing kembali semula ke Asia Tenggara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata kumpulan pengganas serantau seperti Abu Sayyaf (ASG), Jemaah Islamiyah dan Mujahideen telah menyatakan secara terbuka sokongan mereka terhadap Daesh.
âKumpulan-kumpulan ini berperanan sebagai rumah kedua bagi mereka yang melarikan diri dari Mosul, Aleppo dan Raqqa malah mereka turut berani mengisytiharkan kawasan ini sebagai wilayah IS yang dinamakan Wilayah Asia Timur.
âMereka umum wilayah itu merangkumi Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Selatan Thailand dan Myanmar ketika mereka terus kehilangan wilayah di Iraq dan Syria. Perkembangan ini tidak akan menghalang usaha kita, kita akan terus memerangi mereka dari semua arah,â katanya dalam ucapan pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan IMCTC di Riyadh, Arab Saudi semalam.
Teks ucapannya dihantar kepada Bernama hari ini.
Hishammuddin berkata ketika IS diperangi keluar dari Asia Barat, prospek Asia Tenggara untuk menjadi sasaran meningkat dengan ketara.
Awal Mei lalu, Filipina berdepan serangan IS, âsatu fenomena yang pada suatu masa dahulu kami anggap hanya berlaku di Asia Barat dan hanya selepas lima bulan yang memeritkan barulah Filipina mengisytiharkan berakhirnya pengepungan ke atas Marawi City.'
Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas turut memaklumkan mesyuarat itu Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman, kerjasama bersejarah di antara Malaysia dan Arab Saudi dalam menangani keganasan dan ekstremisme, kini beroperasi. â"Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment