Jurujual didakwa ugut bekas kekasih

Monday, November 20, 2017

Jurujual didakwa ugut bekas kekasih

Jurujual didakwa ugut bekas kekasih

PETALING JAYA - Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut untuk mencederakan bekas kekasihnya, dua minggu lepas.

R. Logeswaran, 32, didakwa melakukan ancaman dengan ugutan jenayah dan mendatangkan ketakutan ke atas K. Punnagai, 29, dengan mengeluarkan kata-kata ugutan di  sebuah kondominimun, di Jalan SS 6/2, di sini, pada 1.14 pagi, 5 November lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum  tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, namun lelaki itu yang diwakili peguam, Datuk Suraj Singh merayu jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh  bekerja sebagai jurujual dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin serta menetapkan 27 Disember bagi sebutan semula kes. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment