Jual 100,000 buku dalam 60 jam

Monday, November 20, 2017

Jual 100,000 buku dalam 60 jam

Jual 100,000 buku dalam 60 jam

SHAH ALAM - Buat julung kalinya, 100,000 buku tersedia untuk dijual dalam tempoh 60 jam tanpa henti pada harga serendah RM10.

Selaku penganjur, Pengarah Projek Negara Buku Mega 2017, Zulhilmi Daud berkata, jualan buku besar-besaran kali ini disertai 50 penerbit tempatan, menawarkan pelbagai genre terasuk cinta, keagamaan, indi, travelog, masakan, seram dan  buku kanak-kanak.

"Bila kita bercakap pasal jualan gudang atau pesta buku, kebanyakan penerbit mengadakan jualan secara berasingan dengan hanya menjual buku terbitan sendiri.

"Untuk projek negara buku mega kali ini, kita gabungkan semua penerbit termasuk agensi kerajaan di bawah satu bumbung, dan dijual pada harga RM10," katanya ketika ditemui di Kumpulan Media Karangkraf, (Karangkraf), semalam.

Menurutnya, dianggarkan lebih 100,000 bakal menghadiri pesta buku ini.

"Acara ini akan berlangsung di Studio F Karangkraf bermula jam 9 pagi, 24 November 2017 (Jumaat),  hingga 9 malam, Ahad, 26 November 2017," katanya.

"Sebenarnya, ini adalah kemuncak bagi projek negara buku mega tahun ini," katanya.

Jelasnya, setiap penerbit membawa penulis untuk sesi bersama peminat mengikut jadual masing-masing.

Selain itu, beliau berkata, pengalaman Karangkraf yang sering menjadi penganjur acara besar seperti ini dijangkakan dapat mempengaruhi pengunjung, di samping kemudahan dan dewan yang kondusif.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment