Timbalan MenteÂri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkata, sebanyak 20,807 unit kediaman bersamaan nilai RM12.26 bilion tidak terjual manakala konÂdominium berharga melebihi RM500,000 mendominasi overhang.
âNamun, itu terpulang kepada pihak pemaju sendiri yang perlu mengambil kira permintaan dan penawaran,â katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Taklimat Pasaran Awalan Harta Tanah 2017 di sini hari ini.
Yang hadir sama Ketua PeÂngarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Nordin Daharom.
Chee Leong berkata, pasaran hartanah tahun ini menunjukkan perkembangan yang baik walaupun berhadapan ketidaktentuan politik global dan persekitaran ekonomi mencabar.
Katanya, prestasi pasaran hartanah semasa mencatatkan penurunan pada kadar lebih kecil berbanding tahun sebelumnya.
âUntuk separuh tahun pertama 2017, jumlah bilangan transaksi direkodkan melebihi 150,000 iaitu penurunan enam peratus berbanding 12.3 peratus pada tempoh sama tahun lalu.
âJumlah nilai transaksi pula direkodkan RM67 bilion iaitu meningkat 5 peratus berbanÂding penurunan 12 peratus dalam tempoh sama,â katanya.
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment