Harapan kecewa jika kerajaan benar Mugabe ke Malaysia

Monday, November 20, 2017

Harapan kecewa jika kerajaan benar Mugabe ke Malaysia

Harapan kecewa jika kerajaan benar Mugabe ke Malaysia

SHAH ALAM - Pemuda Pakatan Harapan menzahirkan kekecewaan berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai tiada halangan buat Presiden Zimbabwe Robert Mugabe datang ke Malaysia.

Ketua Pemudanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, negara ini juga tidak sepatutnya terlibat sekiranya ia membantutkan proses demokrasi dan keadilan di Zimbabwe.

"Nasib Mugabe mestilah ditentukan oleh rakyat Zimbabwe, melalui Kerajaan yang dilantik melalui proses demokrasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini Zahid dalam satu kenyataan semalam berkata, "kerajaan tidak akan menyekat atau membantah sekiranya Robert Mugabe berhasrat datang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan kesihatan,".

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan Mugabe, yang berdepan tekanan untuk meletakkan jawatan, dan isterinya Grace mungkin mengunjungi Singapura atau Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada halangan Mugabe datang Malaysia]

Sementara itu menyentuh mengenai desas-desus mengena ilaporan yang menyatakan bahawa Mugabe mungkin mencari perlindungan sama ada di Singapura atau Malaysia, Nik Nazmi berharap agar ia tidak benar.

"Dan sekiranya ia benar, Kerajaan Malaysia tidak harus membenarkan perkara ini," katanya.


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment