Hapuskan GST, pembangkang hanya membohongi rakyat

Monday, November 20, 2017

Hapuskan GST, pembangkang hanya membohongi rakyat


Perdana Menteri berkata, dalam abad ke-21 ini, kerajaan dan negara-negara tidak boleh duduk diam dan melakukan kerja mengikut cara lama, sebaliknya kerajaan yang bertanggungjawab harus mengubah dasar-dasar mengikut perubahan masa untuk kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, mungkin lebih mudah untuk tidak memperkenalkan cukai baharu, walaupun sekadar menggantikan cukai yang lama, kerana ia seperti suatu gangguan.

“Kami tahu ia tidak akan popular, tetapi ia akan menjadi sesuatu yang tidak bertanggungjawab untuk tidak melaksanakan GST.

“Ia bukan semata-mata kami mahu meluaskan asas cukai, yang merupakan satu daripada alasan mengapa lebih 160 negara di seluruh dunia mempunyai suatu bentuk percukaian GST. Ia juga fakta bahawa dengan kejatuhan harga minyak mentah, GST telah menyelamatkan kita,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucaptama pada majlis perasmian Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-13 di sini hari ini.

Najib berkata, jika kerajaan tidak mengubah dasar-dasar mereka, negara akan kehilangan daya saing dan dipotong oleh negara lain.

“Kita tidak boleh dan harus tidak boleh membenarkan ia berlaku. Kita tahu jika kita mencapai sasaran kita menjadi negara berstatus berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kita perlu membuat perubahan. Inilah kepimpinan sebenar,” kata beliau. â€" UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment