Budak terjun kolam kumbahan elak dicekup

Monday, November 27, 2017

Budak terjun kolam kumbahan elak dicekup

Budak terjun kolam kumbahan elak dicekup

TUMPAT - Dua beradik  berusia 10 tahun dan 13 tahun sanggup terjun kolam kumbahan elak dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tumpat dalam operasi banteras dadah di Kampung Gerong hari ini.

Dalam operasi jam 9 pagi itu, dua beradik tersebut diserbu dalam keadaan lalok apabila menjadikan rumahnya sebagai port dadah ketika kedua ibu bapa mereka tiada di rumah.

Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, dua beradik itu antara 9 penagih yang ditahan dalam operasi AADK Tumpat bersama Unit Anti Dadah Sempadan Pengkalan Kubor di tiga kampung di Gerong, Pulau Kerbau dan Kampung Delima.

"Dua beradik itu bertindak melarikan diri sebaik ternampak van AADK menghampiri kediaman mereka.

"Bersama mereka di rumah tersebut seorang sepupunya berusia 17 tahun dan ketiga-tiga mereka nekad melarikan diri ke dalam semak  belakang rumah.

"Menyedari mereka dikejar, ketiga-tiganya bertindak terjun kolam kumbahan elak dicekup dan anggota AADK Tumpat terpaksa terjun sama untuk menangkap mereka," katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka tidak bersekolah positif dadah selepas pemeriksaan urin dilakukan.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati kanak-kanak itu mengambil dadah ketika di usia 9 tahun manakala abangnya di usia 12 tahun.

Katanya, wang diperolehi untuk membeli pil kuda adalah mencuri ternakan penduduk kampung sekiranya ibu mereka tidak dapat memberikan wang setiap hari.

 "Sebiji sehari pil kuda dibeli daripada pembekal, kalau ibu mereka tak bagi wang, mereka curi, kalau tak dapat curi duit ibu mereka, mereka curi ternakan orang kampung untuk dapatkan wang beli pil kuda," katanya.

Katanya,  kes disiasat dibawah Seksyen 9(a) Akta Penagihan Dadah (APD) Rawatan dan Pemulihan 1983.

Manakala tujuh lagi penagih berusia 17 tahun hingga 39 tahun disiasat mengikut Seksyen 3(1) APD dan Rawatan dan Pemulihan 1983.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment