20 keluarga mangsa banjir terima sumbangan

Monday, November 20, 2017

20 keluarga mangsa banjir terima sumbangan

20 keluarga mangsa banjir terima sumbangan

POKOK SENA - Seramai 20 keluarga mangsa banjir di Kampung Baru, Kampung Empa dan Kampung Bukit, di sini menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Pokok Sena, semalam..

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib mangsa banjir, baru-baru ini yang menyebabkan keseluruhan peralatan rumah mereka turut rosak.

“Saya menyampaikan barangan bahan pencuci serbaguna dan peralatan dapur supaya mereka dapat membasuh rumah yang dipenuhi dengan lumpur.

"Barangan makanan pula diberi dengan harapan dapat meringankan beban keluarga mangsa selepas bencana itu baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil langkah mendalamkan parit bagi memudahkan air mengalirkan ke sungai utama berdekatan terutamanya ketika berlaku banjir.

"Sistem perparitan yang makin cetek juga menjadi faktor penyebab kawasan itu kini dinaiki air sebanyak tiga kali tahun ini.

"Saya nasihatkan penduduk terutamanya yang berada di kawasan banjir supaya dapat berpindah sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment