16 MOU dijangka ditandatangani di WIEF

Monday, November 20, 2017

16 MOU dijangka ditandatangani di WIEF

16 MOU dijangka ditandatangani di WIEF

KUCHING - Sebanyak 16 Memorandum Persefahaman (MoU) perniagaan akan ditandatangani semasa berlangsungnya Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) mulai esok sehingga 23 November di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.

Pengerusi WIEF Foundation, Tun Musa Hitam berkata, ia sekali gus membuktikan kejayaan forum itu dalam mempertemukan syarikat multinasional pelbagai negara untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang perniagaan yang kebanyakan berkaitan ekonomi digital.

WIEF juga berjaya menghimpunkan komuniti perniagaan dari seluruh dunia atas​​​​​​ ​peranannya bertumpu bidang  perniagaan tanpa menyentuh bidang politik dan agama, katanya ketika berucap pada majlis​​​​​​ ​makan malam untuk mengalu-alukan ketibaan peserta WIEF di sini, hari ini.

Beliau berkata, konsep WIEF itu ternyata dapat diterima oleh komuniti perniagaan antarabangsa.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berucap mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Seramai 2,476 peserta dari 75 negara termasuk Malaysia telah mendaftar untuk menyertai forum ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment