EMPAT cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan motosikal di Jalan Lenggong-Kuala Kangsar, berhampiran Bandar Baru Lenggong, pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Nik Mohd Kamil Nik Yaakub, berkata anggota dikejarkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan jam 8.22 pagi.
Katanya, anggota yang tiba mendapati kemalangan membabitkan kereta jenis PERODUA Myvi dan motosikal yang kedua-duanya terbabas masuk ke dalam longkang.
âPada ketika itu, dua mangsa yang menaiki motosikal iaitu seorang wanita dewasa berusia lingkungan 35 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang parah sedang diberi rawatan oleh petugas hospital.
âDua lagi mangsa yang menaiki PERODUA Myvi iaitu lelaki berusia 26 tahun dan seorang wanita mengandung berusia 26 tahun hanya cedera ringan,â katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Nik Mohd Kamil berkata, anggota memasang alat bantuan pernafasan pada wanita mengandung berkenaan sebelum mengeluarkannya dari kereta.
âKesemua mangsa diserahkan pasukan perubatan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan selanjutnya,â katanya.
Katanya, operasi tamat sepenuhnya jam 8.48 pagi.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment