Rakyat diharap tampil bantu kerajaan, bina semula negara
KUALA LUMPUR - Rakyat diharapkan dapat bersama-sama membantu kerajaan dan negara dengan menyalurkan sumbangan menerusi Tabung Harapan Malaysia.
Ketua Srikandi Bersatu Wilayah Persekutuan, Datin Norma Ali berkata, sumbangan tersebut sedikit sebanyak membantu dalam usaha pemulihan ekonomi negara.
"Walaupun apa kita yang disumbangkan itu tidak besar, namun sekiranya rakyat bersatu atas semangat membina negara dan tabung ini mampu memberi memberi manfaat yang besar dalam memperkasakan semula Malaysia," katanya.
Tambah Norma, pihaknya sendiri turut berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM100,000 untuk disalurkan kepada kerajaan menerusi penganjuran Majlis Makan Malam Malaysia Baharu Bersatu di Matic Wow KL, di sini Sabtu lalu.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.
Jelas Norma, kutipan THM yang diperoleh pihaknya itu adalah hasil sumbangan daripada orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan serta syarikat-syarikat swasta.
"Saya harapkan lebih ramai lagi pihak tampil untuk menyumbang bagi membina semula negara ini," ujarnya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment