Mohammed Khatib, 24, meninggal dunia selepas ditahan tentera Israel semasa serbuan awal pagi di Kampung Beit Rima di wilayah Tebing Barat yang dirampas Israel, Selasa minggu lalu.
Bagaimanapun dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin berkata, keputusan awal bedah siasat dengan jelas menunjukkan pemuda itu diserang dan dipukul.
“Cara penahanannya yang kejam telah menjejaskan fungsi organ yang menjadi punca kematiannya,” kata kenyataan itu.
Bedah siasat itu dilakukan oleh institut forensik Abu Kabir dekat Tel Aviv dengan kehadiran Ketua Institut Perubatan Forensik Palestin, Rayan al-Ali.
Keluarga Khatib mendakwa tentera Israel menyerbu rumah mereka ketika lelaki itu sedang tidur sebelum memukul dan menyebabkan kematiannya.
Dalam perkembangan berasingan, tentera Israel menembak mati seorang penduduk Palestin manakala 20 lagi cedera semasa satu demonstrasi di sempadan Gaza-Israel, semalam.
Jurucakap tentera Israel berkata, beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di sepanjang kawasan sempadan.
“Penunjuk perasaan membakar tayar dan melempar tayar terbakar serta mercun, tentera bertindak balas bagi menyuraikan penunjuk perasaan mengikut prosedur operasi standard,” katanya. – Agensi
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment