Ustaz Ebit Lew Tak Sengaja Kantoikan Sajat Lelaki?
Umum mengetahui Ustaz Ebit Lew antara pendakwah yang disenangi ramai kerana cara pendekatan beliau yang lemah lembut sehingga membuatkan ramai yang terbuka hati untuk mendengarnya.
Sebelum ini, Ebit sempat bertemu mata dengan usahawan Safiey Illias untuk menyampaikan dakwahnya. Kemudian, beliau meneruskan dakwah dengan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida, turut bersama dalam pertemuan tersebut, usahawan Nur Sajat.
BACA:Â Nur Sajat Ugut Potong Kemaluan PU Amin
Sehingga ke hari ini status jantina Nur Sajat masih lagi menjadi tanda tanya, walaupun melibatkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak Januari lalu. Namun, apa yang menjadi perhatian, Ustaz Ebit dilihat secara tidak sengaja ‘kantoikan’ usahawan tersebut.
Menerusi dalam satu video, Ustaz Ebit meminta Aliff memegang tangan isterinya, kemudian meminta Shahida memegang tangan Sajat. Namun, Shahida dilihat seperti teragak-agak untuk memegang tangan Sajat apabila diminta oleh Ebit Lew.
Video tersebut tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen. Ada segelintir netizen mengatakan jika benarlah Sajat seorang wanita, sudah tentu Shahida tidak berasa ‘was-was’ untuk memegang tangan beliau. Kata-kata Ustaz Ebit, âEh boleh pegang? Lupa pula, Sorry.â, membuatkan netizen lebih yakin bahawa Sajat adalah seorang lelaki seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Bagaimanapun, rata-rata netizen kagum dengan Ustaz Ebit yang secara lembut menegur Sajat. Diharap tazkirah kasih sayang oleh Ustaz Ebit mampu memberikan motivasi untuk berubah memandangkan sebelum ini Aliff Syukri dan Sajat dikecam teruk oleh netizen kerana lagu Bobo Di Mana.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment