Warga emas disamun pegawai JKM palsu
PASIR MAS - Seorang wanita warga emas bukan sahaja mengalami kecederaan malah kerugian RM16,000 selepas rantai dan gelang tangan disamun dua lelaki yang menyamar sebagai kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Tendong, semalam.
Kejadian jam 2.40 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 70 tahun dan suaminya, 81, sedang berehat sebelum didatangi dua suspek yang mendakwa mahu memberikan bantuan.
Difahamkan, suspek meminta mangsa mengisi borang permohonan bantuan malah turut mengambil gambar kawasan sekitar rumah pasangan berkenaan.
Ketika proses menurunkan tandatangan, salah seorang suspek telah bertindak mengacukan pisau ke bahagian perut suami wanita berkenaan.
Seorang lagi suspek, bertindak merentap rantai serta gelang tangan sebelum melarikan diri menaiki motosikal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan dilakukan untuk mengesan suspek terlibat.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment