“Satu-satunya kebenaran ialah saya telah membuat keputusan bahawa Paul tidak akan lagi menyandang jawatan kapten kedua (naib), tetapi tiada pertengkaran berlaku, tiada masalah sama sekali,” kata Mourinho selepas skuad bimbingannya tersingkir pada Piala Liga menerusi penentuan sepakan penalti oleh pasukan divisyen dua, Derby County.
Mourinho merehatkan pemain berusia 25 tahun itu bersama beberapa lagi pemain lain pada perlawanan tersebut, hari ini.
Warga Portugal itu enggan memberikan sebarang alasan tentang keputusannya melucutkan jawatan naib kapten daripada pemenang Piala Dunia tersebut.
“Orang yang sama membuat keputusan mengenai Paul tidak lagi menyandang jawatan sebagai kapten kedua dan orang itu juga yang memutuskan sewaktu melantik Paul iaitu saya sendiri.
“Saya pengurus, jadi saya boleh membuat keputusan ini. Tiada pergaduhan, tiada masalah sama sekali, hanya satu keputusan yang saya tidak perlu beri penjelasan,” katanya. - REUTERS
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment