SUT9 bakal gegarkan Lumut, Perak
SEJAK ditubuhkan pada sekitar April 2009, Exora Owners Car Club Malaysia (EOCM) aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang menghimpunkan semua pemilik Proton Exora di negara ini. Seperti sebelumnya, aktiviti perjumpaan sambutan ulang tahun (SUT9) adalah terbesar kelab dan untuk edisi kesembilan kali ini bakal berlangsung di Marina Island Lumut, Perak.
Malah EOCM sebelum ini turut aktif dengan aktiviti merentasi sempadan indonesia, Singapura & Thailand serta bertemu dengan jaringan rakan-rakan Kelab Proton seluruh dunia, Sasaran kali ini lebih 250 kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora daripada pelbagai generasi dari seluruh negara bakal menyertai aktiviti berkenaan selepas dirancang lebih lapan bulan oleh ahli jawatan kuasa EOCM.
NILAI KEKELUARGAAN
Presiden EOCM, Sayutie Hassan berkata, sebagai menyambut ulang tahun kesembilan kelab, pihaknya mengadakan perjumpaan SUT9 bertujuan bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim antara ahli dimana EOCM sangat mengutamakan nilai kekeluargaan.
âSelain hadir bersama keluarga, ahli-ahli juga boleh bersuai kenal dengan ahli lain dari seluruh negeri dan bertukar pendapat serta ilmu berkaitan kenderaan masingmasing.
âBertepatan dengan slogan EOCM âTOGETHER WE ARE 1â yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesra mesrakan,â katanya.
Sayutie
WILAYAH UTARA TUAN RUMAH
Menurut Sayutie, EOCM dibahagi kepada lima wilayah antaranya wilayah tengah, selatan, utara, pantai timur , Sabah dan Sarawak.
âKali ini, wilayah Utara menjadi tuan rumah selepas Kuantan, Pahang tahun lalu. Penggiliran ini di buat bagi memastikan semua wilayah merasa dan meraikan sahabat ahli bila bertandang ke giliran mereka.
âPelbagai aktiviti telah dirancang rapi oleh pihak penganjur dari mula menyambut konvoi rakan-rakan dari luar kawasan hinggalah kepada penganjuran Autoshow, sukaneka dan acara kemuncak yang pastinya cukup meriah makan malam.
"Malah ahli kelab turut berpeluang bertemu rakan-rakan dari Proton Club Indonesia (PCI) &EOCI (Indonesia) yang akan bertandang ke Malaysia bagi menjayakan SUT 9 ini," katanya.
Tambahnya pertemuan itu menjadi kesempatan terbaik dalam kalangan ahli untuk berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan teknikal serta alat ganti termasuk aksesori kenderaan.
"Ini sekaligus mengeratkan jalinan muhibah antara dua negara melalui kelab di bawah EOCM," katanya.
TIDAK MENGHADKAN PENYERTAAN
âSaya serta barisan Ajk pusat EOCM termasuk urusetia SUT9 mengharapkan serta mengalu ngalukan kehadiran ahli EOCM serta keluarga bg meramaikan dan memeriahkan satu satunya acara tahunan EOCM ini.
âEOCM juga mempunyai barisan Ajk dan Exco yang amat komited dengan setiap aktiviti yang dijalankan walaupun dibuat denganhanya sukarela,â katanya.
Menurutnya, paling penting bukan nilai pada bayaran penyertaan tetapi pulangan pada memori dan kenangan yang tidak dapat dijual beli.
Mengakhiri perbualan, Sayutie berkata EOCM tidak menghadkan penyertaan ahli mereka, katanya mereka yang memiliki Proton Exora sangat dialu-alukan menyertai EOCM serta menjadi sebahagian keluarga kami dengan menghubungi Urusetia SUT9 - Cik Nur Aen 017- 5320918 atau Setiausaha EOCM -Encik Hafiz 019-3422993 untuk pertanyaan lanjut.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment