PRK Port Dickson: Ujian pertama Pengerusi SPR baharu

Thursday, September 27, 2018

PRK Port Dickson: Ujian pertama Pengerusi SPR baharu

PRK Port Dickson: Ujian pertama Pengerusi SPR baharu

PUTRAJAYA â€" Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu, Azhar Azizan Harun, yang memulakan tugasnya hari ini, bakal berdepan jadual kerja yang padat namun berikrar untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata PRK Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini manakala Hari Penamaan Calon pada Sabtu ini adalah ujian pertamanya.

“Saya melaporkan diri di SPR pada masa yang penuh dengan aktiviti dan cabaran. PRK Port Dickson mendapat perhatian seluruh negara dan dunia kerana melibatkan personaliti yang bakal bertanding. Adalah penting untuk memastikan PRK Port Dickson berjalan dengan lancar, bersih dan adil,” katanya di ibu pejabat SPR di sini.

Sebelum itu, beliau tiba di ibu pejabat SPR pada 9.00 pagi untuk memulakan tugasnya. Beliau disambut Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Ellias Abu Bakar dan kakitangan SPR.

Selain PRK Port Dickson, Azhar yang juga seorang peguam, berkata beliau akan berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman dalam masa terdekat berhubung usaha penambahbaikan pilihan raya di negara ini.

“Tan Sri Ab Rashid sudah mengumumkan beberapa agenda reform. Diharapkan pihak beliau dan pihak saya (SPR) dapat bekerjasama. Reform ini niat yang bagus. Ia tidak bermakna SPR berada pada tahap yang teruk tetapi sekiranya ada keperluan untuk penambahbaikan, kita lakukan,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Harun dilantik sebagai pengerusi baru SPR]

Ditanya berhubung kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mempertikaikan cara pelantikan beliau yang bertentangan dengan manifesto PH pada PRU14 kerana tidak merujuk kepada Parlimen untuk perakuan, Azhar berkata beliau tiada masalah sekiranya perlu melalui proses itu sekiranya ia diwujudkan selepas ini.

“Saya sambut baik ia (merujuk kepada parlimen untuk perakuan). Ok sahaja bagi saya. Saya tidak  menghalang pemeriksaan. Namun, pada masa ini mekanisme itu belum ada, jadi pelantikan saya mengikuti mekanisme sedia ada,” katanya.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar mengumumkan pelantikan Azhar sebagai Pengerusi SPR baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa 1 Julai lepas.

Pelantikan Azhar diperkenan Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan sebagai Pengerusi SPR itu dibuat selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment