PRK Port DicksonAda masalah ke? - Wan Azizah
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada undian rakyat.
"Ada masalah ke? Saya fikir kami dipilih oleh rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Yayasan Orphancare, dekat sini hari ini.
Ketika diajukan soalan mengenai reaksi negatif diterima berikutan keputusan PKR mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson untuk memberi laluan kepada Anwar, Wan Azizah berkata kini ialah masa yang tepat untuk melakukannya.
"Beliau telah dipenjarakan selama 11 tahun, apa maksud kamu? Mahu bercakap mengenai kesabaran?
"Beliau telah dinafikan hak untuk berada di Parlimen sebelum ini," jelas beliau. - UTUSAN ONLINE
sumber:
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment