Selepas dilanda pelbagai kontroversi, usahawan kosmetik popular Nur Sajat memberitahu tidak sabar untuk membina sebuah masjid di atas sebidang tanah yang dibelinya tidak lama lagi.

Menerusi Instagram, Sajat juga turut meluahkan hasratnya untuk membina rumah perlindungan untuk anak yatim. Sajat memberitahu lagi, masjid yang bakal dibina itu turut disediakan kelengkapan menguruskan jenazah dan tempat kuburnya apabila dia sudah tiada suatu hari nanti.


BACA: Ustaz Ebit Lew Tak Sengaja Kantoikan Sajat Lelaki?


Menurut Sajat, masjid dan rumah anak yatim itu dijangka siap tahun hadapan. Bagaimanapun, Sajat merahsiakan lokasi masjid tersebut dan akan dimumkan bila sudah siap kelak.



Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan menyokong niat baik Sajat itu. Ada juga yang mendoakan agar Sajat terus istiqamah untuk berubah ke arah lebih baik. Namun ada juga yang mengecam Sajat kerana tidak perlu menunjuk untuk melakukan kebaikan bimbang ianya mengundang fitnah dan riak.