Polis cabar Raja Petra buat laporan

Friday, September 28, 2018

Polis cabar Raja Petra buat laporan

Polis cabar Raja Petra buat laporan

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) cabar penulis blog Raja Petra Kamarudin supaya membuat laporan polis berhubung dakwaannya bahawa wang tunai RM43.3 juta lesap daripada keseluruhan nilai rampasan berkaitan siasatan skandal 1MDB.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali dan tidak mahu ambil peduli dakwaan penulis seperti Raja Petra.

"Dia (Raja Petra) mendakwa dirinya sebagai wartawan penyiasatan, tetapi tidak seperti apa yang didakwa dan hanya lebih mementingkan wang.

"Ini adalah dakwaan yang sangat tidak berasas, saya tidak akan berdiam diri atas dakwaan yang dilempar terhadap polis. Jika dia ada maklumat, sila pulang ke Malaysia dan buat laporan polis, jangan hanya bersembunyi di alam maya, jadilah orang yang berani,รข€ katanya dalam sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Beliau berkata, seperti yang saya nyatakan dalam sidang akhbar sebelum ini, jumlah rampasan wang daripada keenam-enam premis yang diserbu adalah sebanyak RM116.7 juta dan beliau 101 peratus yakin bahawa tiada apa yang keluar daripada premis-premis berkenaan melainkan barangan rampasan.

Katanya, tuduhan sebegini mencemarkan nama baiknya sebagai ketua jabatan serta pegawai dan anggotanya.

"Dalam sidang media pertama yang dibuat pada Mei lalu, kita memaklumkan bahawa jumlah rampasan dari salah sebuah premis di Pavilion Residences adalah sebanyak RM114 juta. Kemudian pada 27 Jun pula, kita beritahu jumlah rampasan yang dilakukan di enam premis keseluruhan adalah berjumlah RM116.7 juta.

"Sekiranya betul jumlah wang dirampas adalah RM160 juta seperti yang didakwa, sila kemukakan sebarang dokumen yang boleh menjadi bukti bahawa sebanyak RM43.3 juta telah hilang seperti yang didakwa," katanya.

Terdahulu, Raja Petra melalui blognya melaporkan bahawa polis telah merampas wang berjumlah 160 juta daripada serbuan di beberapa premis berhubung siasatan 1MDB dan bukannya RM116.7 seperti yang didedahkan oleh JSJK sebelum ini.

Penulis blog berkenaan turut menyatakan bahawa wang yang dirampas itu adalah milik Umno dan mendesak agar wang berkenaan dipulangkan semula.

Amar Singh berkata, sesiapa sahaja boleh membuat pertuduhan sedemikian namun mereka perlu membuktikan dakwaan yang telah dibuat.

"Jangan hanya berselindung di sebalik alam maya sahaja..balik ke Malaysia dan buat laporan pada polis agar dakwaan tersebut dapat disiasat," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB : Nilai rampasan sehingga RM1.1 bilion]

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno tuntut wang rampasan RM116.7 juta]

Baru-baru ini, Umno telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu untuk menuntut wang disita Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjumlah RM116.7 juta didakwa milik parti itu.

Tuntutan tersebut telah difailkan terhadap Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Datuk Mohd Sakri Arifin sebagai pegawai serbuan dan empat yang lain.

27 Jun lalu, dalam sidang media, Amar Singh memberitahu nilai keseluruhan rampasan daripada 75 beg daripada enam lokasi serbuan yang dikaitkan dengan isu 1MDB berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Enam premis yang diserbu adalah Pejabat Perdana Menteri, Sri Perdana, tiga buah kediaman mewah di Pavilion Residence, Bukit Bintang, kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta.

Dalam 75 beg itu mengandungi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam tangan, cermin mata dan beg tangan pelbagai jenama.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment