Dapatkan maklumat cuaca sebelum berkelah

Friday, September 28, 2018

Dapatkan maklumat cuaca sebelum berkelah

Dapatkan maklumat cuaca sebelum berkelah

SHAH ALAM - Orang ramai yang bercadang melakukan aktiviti perkelahan bersama keluarga di kawasan air terjun dan jeram di Selangor semasa musim hujan ini diminta mendapatkan maklumat berkaitan ramalan cuaca terlebih dahulu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hassan Ashaari Omar berkata ia bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam sebarang kejadian tidak diingini.

Orang ramai juga perlu sentiasa berhati-hati dengan kejadian kepala air di sungai dan jeram kerana sudah banyak kejadian lemas berlaku disebabkan perkara itu, katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan JBPM Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik di sini hari ini.

Katanya masyarakat perlu mengetahui tanda-tanda awal kejadian kepala air yang merupakan gelombang air yang turun dalam kuantiti besar dan secara mendadak dari hulu sungai ke sungai utama.         "Fenomena kepala air dapat dihidu apabila air sungai berubah menjadi warna keruh dan terdapat banyak sisa-siasa kayu mengalir bersamanya," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata dari awal tahun sehingga kini, sejumlah 53 kes kematian akibat lemas dan hilang dalam hutan dicatatkan di destinasi tumpuan aktiviti perkelahan seperti air terjun, jeram dan sungai di Selangor.       

Katanya pihak bomba akan menggandakan aktiviti rondaan di tempat-tempat perkelahan yang sering berlaku kejadian lemas, terutama pada musim tengkujuh yang meningkatkan risiko banjir kilat di beberapa tempat di Selangor, khususnya di kawasan Parlimen Hulu Selangor. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment