Ribut terbangkan bumbung

Saturday, September 1, 2018

Ribut terbangkan bumbung

Ribut terbangkan bumbung

CHENOR - Seorang suri rumah di Kampung Nyak, di sini, terpaksa menyorok bawah rumah kerana ketakutan ketika ribut melanda kediamannya, baru baru ini.

Jamilah Mat Bakar, 74, berkata, dalam kejadian 7.30 petang Rabu itu beliau sekeluarga sedang berehat di ruang tamu rumah dan hujan turun renyai renyai.

"Tiada angin kuat atau hujan lebat, tetapi tiba-tiba ribut datang menerbangkan bumbung rumah kami. Keadaan sangat cemas.

"Apabila bumbung terbang dan air hujan membasahi rumah, kami sekeluarga terpaksa menyorok bawah rumah kerana takut berlaku apa apa. Ribut berlaku sekitar lima minit. Kami tunggu sehingga reda, baru masuk semula dan terkejut tengok bumbung dah tiada," katanya.

Dia dan keluarga terpaksa duduk di bawah rumah kerana takut ribut kembali semula.

Namun dia bersyukur kerana tiada kecederaan berlaku.

Dia mengharapkan ada pihak yang dapat membantunya memandangkan dirinya sudah tua dan suaminya tidak dapat melihat sekarang ini.

Dalam pada itu, Adun Chenor, Mujibur Rahman Ishak meluangkan masa menziarahi beliau sekeluarga dengan menyampaikan sumbangan bagi meringankan bebannya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment