Calon Ketua AMK cabang sokong Azmin
SEREMBAN - Tujuh calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang negeri ini menyatakan sokoÂngan penuh terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu.
Calon Naib Ketua AMK Malaysia, Nazri Yunus berkata, beliau bersama enam calon AMK cabang lain berpendirian gabungan Azmin bersama Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah terbaik menerajui PKR pada masa akan datang.
âKami mendukung Mohamed Azmin kerana beliau adalah regu paling kuat untuk berganding dengan Anwar. Soal kesetiaan dan kemampuan beliau mengeÂmudi parti dalam pilihan raya sudah dapat kita lihat.
âPrestasinya semasa menjadi Menteri Besar Selangor begitu menyerlah serta dijadikan modal kempen dalam PRU 14 dan ternyata membuahkan hasil, selain itu beliau juga diberi kepercayaan menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,â katanya.
Katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri calon Ketua AMK cabang Kuala Pilah, Seremban, Port Dickson, Jelebu, Jempol dan Tampin, di sini semalam.
Pada pemilihan PKR hujung 29 September ini, Mohamed Azmin yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR berdepan pertandingan satu lawan satu dengan Naib Presiden, Rafizi Ramli.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment