PRK PD: Boikot bukan takut kalah

Wednesday, September 26, 2018

PRK PD: Boikot bukan takut kalah

PRK PD: Boikot bukan takut kalah

KUALA LUMPUR â€" Keputusan Umno memboikot PRK Port Dickson bukan kerana takut kalah sebaliknya, menganggap pilihan  raya itu sengaja dibuat untuk menjayakan matlamat seorang pemimpin dan membazirkan wang rakyat.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata,   buat masa ini Umno hanya menumpukan usaha untuk memulih dan mengukuhkan parti.

“Tidak timbul keputusan tak letak calon di Port Dickson bermakna Umno takut kalah, kalau takut kalah kita tak akan bertanding di PRK Sungai Kandis dan Seri Setia.

“Tapi dalam keadaan sekarang tumpuan mesti dibuat untuk usaha memulihkan dan mengukuhkan Umno.

“Kita  boikot kerana PRK ini dibuat untuk menjayakan matlamat seorang pemimpin membazirkan wang rakyat, membazirkan tenaga..malah kerajaan boleh menggunakan wang berkenaan untuk menyelesaikan banyak masalah rakyat,” katanya dalam sesi wawancara bersama Sinar Harian, di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Shamsul Annuar menegaskan, tindakan Umno-BN sepakat tidak letak calon malah memilih untuk memboikot.

“Apabila kita guna istilah boikot sudah tentu juga mengharapkan ahli-ahli Umno di Port Dickson juga tidak akan keluar mengundi pada 13 Oktober ini.

“Umno-BN sepakat tak letak calon kerana kita memang boikot,apabila kita boikot kita harap ahli-ahli Umno di Port Dickson juga tidak akan keluar mengundi.

“Kepada Pas, saya fikir terpulanglah kepada mereka untuk bertanding atau tidak.Bagi kita (Umno) mana-mana parti pun yang bertanding, kita tidak akan keluar bantu sebab tumpuan kita perkukuhkan parti..ini penting kepada kita,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: BN boikot PRK Port Dickson]


 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment