Anwar tak gusar ahli Umno masuk Bersatu
KUALA TERENGGANU - Penghijrahan ahli-ahli Umno ke Bersatu tidak menggusarkan PKR dan menggugat keutuhan setia kawan dalam PH.
Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan antara PKR dan Bersatu juga baik dan beliau tidak harus musykil dengan hubungan sedia ada.
âPKR juga masih lagi sebuah parti yang kuat dan utuh. Apa yang penting adalah kita perlu kekalkan hubungan baik dengan Bersatu, saling bekerjasama dan saling mempercayai.
âHubungan saya dengan Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) juga sangat baik. Jadi, saya tidak gusar dengan hal sedemikian,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan segelintir ahli Umno termasuk pemimpin parti itu yang keluar parti dan memperkuatkan kepimpinan Bersatu selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR Terengganu di sebuah resort di sini, hari ini.
Menurutnya, pertikaian terhadapnya yang dikatakan bertindak terlalu awal menunjukkan pihak berkaitan sebenarnya tidak membaca perjanjian dimeterai Januari lalu.
âTun M lebih tahu dan memberikan sokongan apabila saya mahu bertanding di Port Dickson. Beliau sendiri memberikan komitmen yang kuat dan bekerjasama erat dengan saya, PKR dan DAP,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment