Bekas Setiausaha MIC tarik diri tanding bebas

Wednesday, September 26, 2018

Bekas Setiausaha MIC tarik diri tanding bebas

Bekas Setiausaha MIC tarik diri tanding bebas

SEREMBAN - Bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk Kumar Silambaram @ G Kumaar Aamaan, hari ini mengumumkan menarik diri daripada bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Beliau dalam satu kenyataan di sini, berkata keputusan itu dibuat selepas beberapa siri perbincangan mendalam dengan peguam mengenai hasratnya untuk bertanding sebelum ini, selain kekangan keupayaannya untuk membantu masyarakat India.

“Sebelum ini, saya mahu bertanding kerana protes apabila MIC tidak meletakkan calon di kerusi tradisi parti itu, sebaliknya membenarkan Umno bertanding. Bagaimanapun, keadaan kini sudah berubah (kerana Umno dan BN boikot), justeru faktor itu tidak lagi relevan.

“Saya juga sedar terdapat banyak isu membabitkan masyarakat India di Port Dickson yang memerlukan satu jentera yang lebih besar untuk menyelesaikannya.

“Justeru, dengan niat membantu mereka, saya meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian terhadap semua isu itu kerana beliau lebih berupaya untuk melakukannya,” katanya.

Beliau mendakwa, penarikan dirinya juga akan mengurangkan bilangan calon yang bertanding pada PRK berkenaan, sekali gus menurunkan kos yang perlu ditanggung kerajaan.

Sebelum ini, Kumar Silambaram dan personaliti Twitter, Stevie Chan Keng Leong mengesahkan akan bertanding sebagai calon bebas, diikuti Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang turut mengumumkan akan meletakkan calon di PRK itu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment