PKR kecapi kemajuan di bawah Anwar, Azmin
PUTRAJAYA - PKR akan terus berkembang mengecapi kemajuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali.
Gabungan kedua- dua tokoh tersebut mampu meyakinkan rakyat sekali gus dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
Calon Naib Presiden, Shamsul Iskandar Mohd Akim berkata, disebabkan hal itu, beliau memutuskan untuk terus mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua ini.
âSaya mengambil keputusan untuk berada di lapisan kedua selepas timbalan presiden untuk memberi sokongan kepada gabungan kedua-dua yang saya sebutkan tadi (Anwar dan Azmin),â katanya.
Menurutnya, pemimpin yang lahir daripada perjuangan reformasi sejak 1998 sewajarnya diberikan kedudukan dan peluang.
â20 tahun kita berjuang bermula di jalan raya dan kini berada di Putrajaya.
âKita perlu ada sedikit perasaan kesederhanaan untuk sabar dan memberi peluang kepada pemimpin yang lebih senior,â katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya, di sini, baru- baru ini.
Ketika ditanya mengenai kedudukannya dalam kem Azmin, Shamsul berkata ia tidak tepat.
âUntuk mengatakan saya menyokong Azmin dan tidak berada dalam kem lain, itu bukan bahasa baharu dalam proses demokrasi PKR,â katanya.
Menurutnya, beliau tidak boleh menghalang persepsi awam mengenai kewujudan kem di dalam PKR.
âSaya tidak fikir ia tepat kerana kita semua bermuafakat dalam satu jemaah di bawah kepimpinan Anwar,â katanya.
Beliau berharap sumbangannya kepada parti sebelum ini mampu memandu minda pemilih agar memberi peluang kepadanya meneruskan khidmat.
âSaya harap anggota menilai apabila saya memimpin Melaka menjadi Pengerusi PKR negeri, kita bermuafakat telah merampas Melaka daripada BN yang pada awalnya tiada langsung dalam senarai negeri yang boleh dimenangi.
âItulah sedikit sumbangan yang boleh saya berikan dan dikongsikan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment