Apa kata Anwar, bila Pas mahu 'lawannya' di PD ...

Sunday, September 16, 2018

Apa kata Anwar, bila Pas mahu 'lawannya' di PD ...

Apa kata Anwar, bila Pas mahu 'lawannya' di PD ...

PUTRAJAYA - Calon PRK Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sentiasa terbuka untuk menerima siapa sahaja calon lawan yang mahu menentangnya di PRK berkenaan.

Katanya, ini termasuklah calon daripada Pas yang telah menyatakan komitmen untuk 'berlawan' dengannya di Port Dickson.

"Tak kan nak halang, itu hak dia, (Hadi)," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Muktamar Nasional Kali Ke-12 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pas  akan meletakkan calonnya pada PRK berkenaan sekiranya BN mengambil pendirian berkecuali.

Kata Hadi, tiada jalan atau laluan mudah untuk menang dalam demokrasi.

Dalam pada itu ketika mengulas mengenai persaingan yang bakal beliau hadapi pada PRK kali ini, Anwar berkata, "saya tak kira saya akan kerja kuat,".

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dan seterusnya menjadi perdana menteri kelapan.

PRK Port Dickson dijangka diadakan dalam tempoh tiga minggu sebelum mesyuarat kedua persidangan Dewan Rakyat, Parlimen Ke-14 bermula 15 Oktober ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment