Nasib perajurit diberi perhatian
IPOH - Kerajaan negeri akan memberikan perhatian berhubung soal pemilikan rumah bagi golongan bekas perajurit di negeri ini.
Exco Kerajaan Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, pihaknya akan mengemukakan kepada menteri besar berhubung bekas perajurit yang masih belum memiliki rumah sendiri.
Menurutnya, kerajaan negeri sebelum ini telah pun memulakan pembinaan rumah berkenaan namun difahamkan hanya 2,000 unit yang siap dibina.
âKita difahamkan, permintaan asal adalah sebanyak 7,000 unit. Namun, mungkin ada kekangan pemilikan tanah dan sebagainya hanya 2,000 unit berjaya disiapkan.
âOleh itu, mungkin juga kita akan ubah bentuk rumah daripada bentuk 'landed' kepada bentuk 'high rest' dalam usaha memaksimumkan penggunaan tanah.
âSelain itu mungkin boleh ada kelonggaran daripada pihak bank bagi memudahkan bekas perajurit ini untuk membuat pinjaman,â katanya.
Hasnul berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVAT) Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar, hari ini.
Hadir sama, Presiden PVAT Perak, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor (B) dan Yang Dipertua (YDP) PVAT Perak, Leftenan KDR Jayah Said.
Tambah Hasnul Zulkarnain, kerajaan negeri akan melihat terus memberikan perhatian terhadap segala usaha dalam memastikan kebajikan bekas perajurit dapat terus terpelihara.
Katanya, perkara berkenaan juga selaras dengan hasrat Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang mahu terus membela nasib bekas perajurit di negara ini.
âMohamad beberapa kali membuat kenyataan mahu membela nasib bekas perajurit yang terabai. Mungkin terlepas pandang.
âCuma, kita akan teruskan agenda kerajaan terdahulu dan tambah baik apa-apa keperluan yang melibatkan kebajikan seperti skim pencen dan sebagainya.
âMalah pihak peminjam juga diharapkan dapat memberikan kelonggaran untuk bekas-bekas perajurit ini membuat pinjaman. Jika faktor umur menjadi penghalang, berilah peluang kepada waris serta anak mereka,â katanya.
Sementara itu Hasnul Zulkarnain berharap agar kerajaan negeri dapat merealisasikan manifesto berhubung kewujudan pusat dialisis di setiap daerah negeri ini.
Katanya, kewujudan pusat dialisis berkenaan boleh membantu memberikan rawatan kepada rakyat di negeri ini,termasuk golongan bekas perajurit.
âKita juga tertarik dengan cadangan Tan Sri Anwar untuk membina semula Wisma Pahlawan. Jika dahulu 17 tingkat, wisma berkenaan akan ditambah baik hingga menjadi 33 tingkat.
âSalah satu tingkatnya, mungkin boleh kita wujudkan pusat dialisis. Oleh itu, kita mengalu-alukan sumbangan daripada pihak korporat .
"Dana yang terkumpul juga boleh kita sumbangkan ke tabung pahlawan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment