Tuanku Muhriz perkenan rasmi sidang Dun

Monday, September 24, 2018

Tuanku Muhriz perkenan rasmi sidang Dun

Tuanku Muhriz perkenan rasmi sidang Dun

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Ke-14.

Baginda yang diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud tiba di pekarangan bangunan Wisma Negeri dekat sini kira-kira pukul 10 pagi dengan disambut oleh Yang Dipertua Dun, Zulkefly Mohamad Omar.

Yang turut menyambut keberangkatan baginda berdua adalah Menteri Besar, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab. Malik.

Tuanku sebelum itu, berkenan membuat pemeriksaan barisan kawad kehormat diraja.

Turut hadir, Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Pada kali ini persidangan Dun akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment