Manfaat tanah kosong di balai bomba
MELAKA TENGAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, sedia memanÂfaatkan tanah kosong yang terdapat di setiap balai menerusi program Pertanian Bandar.
Timbalan Pengarahnya, Ahmad Zahid Safuan berkata, projek menggunakan kaedah hidroponik dengan kerjasama Jabatan Pertanian negeri itu memperkasakan Program Bumi Hijau membabitkan balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil.
Menurutnya, melihat penglibatan positif dalam kalangan anggota, pihaknya menyasarkan ia diperluaskan ke lapan balai lain di negeri ini secara berperingkat sekali gus mencapai matlamat 10 balai bomba pada tahun ini.
âProjek tanaman pelbagai jenis sayuran melibatkan semua anggota di dua balai setakat ini, bertujuan memupuk minat terhadap kepentingan menjaga bumi hijau.
âIni satu cara kita menggalakkan semua anggota bomba menanam tanaman dan mengeluarkan sendiri bahan makanan bagi menampung kehidupan seharian selain mampu menjana pendapatan sekiranya dikomersialkan,â katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian selepas Perhimpunan Bulanan JBPM Melaka di Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, di sini, Âsemalam.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Rusdan Abdul Talib.
Beliau berkata, ia juga satu daripada elemen yang perlu ditekankan termasuk kecergasan, pengetahuan, kemahiran, keceriaan dan disiplin yang perlu diterapkan dalam kalangan anggota bomba dengan melakukan aktiviti penanaman pada waktu lapang iaitu selepas bekerja atau tiada sebarang operasi.
Sementara itu, Rusdan berkata, bantuan bukan hanya dari segi sokongan malah alat tanaman termasuk biji benih, baja dan sebagainya diberikan secara percuma dalam menggalakkan penduduk bandar untuk bertani bagi mengeluarkan bahan makanan sendiri dan pendapatan sampingan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment