Kebimbangan itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran dalam akaun Twitter beliau hari ini.
Beliau percaya, Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung minggu ini perlu dijadikan medan menjelaskan hala tuju parti.
“Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu ini adalah titik perubahan untuk parti kita.
“Jika perhimpunan agung tidak berjaya memberi hala tuju yang jelas kepada ahli parti dan rakyat, saya khuatir lebih ramai yang bakal keluar dari UMNO,” katanya.
Hantaran Khairy itu sebagai respon kepada laporan seorang lagi ahli UMNO iaitu Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee mengumumkan keluar parti hari ini.
Sebelum ini, UMNO dikejutkan dengan tindakan pemimpin berpengalaman mereka iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman yang mengumumkan keluar parti. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment