Amirudin tolak amalan birokrasi

Monday, September 24, 2018

Amirudin tolak amalan birokrasi

Amirudin tolak amalan birokrasi

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari akan menggunakan pendekatan Jelajah Maju Bersama bagi menyemarakkan lagi semangat kerjasama pemimpin dan rakyat di negeri ini.

Menurut beliau, pendekatan tersebut akan disemarakkan ke sembilan daerah di Selangor bagi merakyatkan pentadbiran Kerajaan Selangor di samping menjadi sumber penyelesaian terhadap setiap permasalahan dihadapi rakyat di negeri ini.

"Sebelum ini ramai yang menyuarakan masalah dihadapi mereka terutama dalam era media sosial sekarang ini, seringkali juga kita melihat masalah setempat dimuat naik di laman-laman sosial.

"Namun melalui pendekatan ini, ia tidak bersifat 'one stop' namun akan berfungi sebagai penjalin hubungan lebih akrab antara pemimpin masyarakat setempat termasuk ketua-ketua kampung, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga penjawat awam di peringkat daerah,"katanya.

Mengulas mengenai kelemahan pihak berkuasa tempatan (PBT), Amirudin berkata, hasil maklumat susulan yang diperolehinya menunjukkan bahawa kebanyakan aduan tersebut tidak disampaikan mengikut saluran yang betul.

“Namun apa yang boleh saya katakan, Jelajah Maju Bersama ini perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh rakyat Selangor kerana masalah-masalah dan aduan yang terbuku serta membebani mereka selama ini dapat disuarakan secara terus tanpa sebarang birokrasi,"katanya.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga merupakan Adun Sungai Tua turut memaklumkan bahawa terdapat beberapa sektor utama telah dikenalpasti untuk dibangunkan di setiap daerah dan ia diyakini mampu melonjakkan pembangunan masyarakat dan ekonomi di negeri ini.

Tambah beliau, pendekatan tersebut juga perlu dilihat sebagai rakan strategik antara rakyat, pemimpin serta PBT di negeri ini.

“Ini pasti dapat dilaksanakan apabila rakyat dan pentadbiran negeri tidak lagi terpisah oleh amalan birokrasi lapuk yang tidak mengendahkan kebajikan masyarakat.” katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment