Kutip 80 kg sampah di Pantai Rhu Rendang

Sunday, September 16, 2018

Kutip 80 kg sampah di Pantai Rhu Rendang

Kutip 80 kg sampah di Pantai Rhu Rendang

MARANG - Persatuan Darul Fitrah Terengganu dan Persatuan Cina Muslim Malaysia berjaya mengutip 80 kilogram sampah sempena #worldcleanupday2018 di sekitar Pantai Rhu Rendang di sini.

Pengerusi Persatuan Darul Fitrah Terengganu, Norhana Abdullah berkata, program yang disertai 9 ahli dan sukarelawan itu melibatkan kawasan sepanjang kira-kira 200 meter di pantai berkenaan.

"Pemilihan pantai berasaskan keadaan pantainya yang kurang memuaskan dan ini merupakan program kali ke dua diadakan. Kita mengambil masa lebih sejam mengutip sampah di pantai ini," katanya, hari ini.

Beliau berkata, aktiviti itu juga mencerminkan sokongan mereka kepada usaha meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar agar pantai-pantai di negeri itu terus dikenali kerana keindahannya serta bersih.

"Kita mempunyai pantai-pantai indah tapi sayang kita tak jaga. Sebagai khalifah di bumi kita mesti bagi kesedaran kepada masyarakat untuk menjaga alam sekitar yang dikurniakan bagi manfaat manusia.

"Persatuan kita akan cuba memainkan peranan untuk terus memberi kesedaran kepada masyarakat dengan menjemput mereka untuk menyertai program program membersih pantai yang diadakan," katanya.

Tambahnya, selain dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat, aktiviti membersihkan pantai juga boleh dijadikan sebagai salah aktiviti riadah yang mudah dilakukan dan baik untuk kesihatan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment