PKR Johor siap sedia gempur Port Dickson
KULAI - PKR Johor bersiap sedia menggerakkan jentera mereka untuk membantu kempen PRK Port Dickson bagi memenangkan presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan pengerusinya, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pihaknya telah mengarahkan jenteranya untuk ke Port Dickson bagi menghadapi PRK berkenaan.
âPKR Johor telah nyatakan sebelum ini bahawa kami 100 peratus sokong dengan keputusan Datuk Seri Anwar untuk bertanding di Parlimen Port Dickson.
âJentera Johor akan bantu seluruhnya seolah-olah seperti menghadapi PRU. Kita akan naik ke Port Dickson dan bergilir-gilir berkempen di sana untuk memberikan sokongan,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Anwar yang dijangka bertanding di Parlimen Port Dickson selepas mantan ahli parlimen kawasan itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah secara sukarela mengosongkan kerusinya.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan perasaan dukacitanya berikutan segelintir ahli PKR yang mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan Anwar untuk bertanding tidak melalui proses yang betul.
âPKR Johor yakin beliau mempunyai perancangannya sendiri. Sebagai ahli parti, kita kena sedia dan memberi kepercayaan kepada Datuk Seri Anwar.
âTidak perlulah keluar kenyataan bahawa perkara ini seolah-olah melemahkan semangat ahli parti atau pecah parti,â katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap agar ahli lain di seluruh negara beri sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar.
âMudah-mudahan beliau dapat menang dengan majoriti yang cukup meyakinkan,â katanya.
Mengulas mengenai politik wang dalam parti itu, Jimmy berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima maklumat ahli PKR Johor terlibat dengan perkara tersebut dalam pemilihan parti itu.
âPengerusi PKR Johor, Hassan Karim tidak akan bertolak ansur sekiranya mendapat maklum ada ahli PKR negeri ini terlibat dengan politik wang.
âSetakat ini Johor masih sihat,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment