Kenduri gajah jadi tumpuan
TEMERLOH - Lukimala dan Eli antara dua gajah yang menarik perhatian pengunjung sempena sambutan Hari Gajah Sedunia 2018 di Pusat Konservasi Gajah KebangÂsaan Kuala Gandah, Lanchang semalam.
Lukimala, gajah paling tua dari India berusia 81 tahun manakala Eli adalah anak gajah berusia dua tahun antara 21 gajah yang dijamu pada program Kenduri Gajah di pusat latihan haiwan itu.
Lukimala adalah pengÂhuni pertama di pusat itu yang dibuka pada 1989 dan Eli baru sahaja ditempatkan di pusat tersebut pada Mac lalu selepas ditemui cedera di Jeli, Kelantan.
Akibatnya, anak gajah itu kudung kaki depan di bahagian kanan.
Antara makanan yang dijamu ialah rumput, temÂbikai dan dua tan tebu sumbangan pihak swasta.
Simbolik perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Kassim.
Kira-kira 2,000 pengunÂjung termasuk daripada luar negara membanjiri pusat berkenaan sempena samÂbutan itu yang berlangÂsung setiap tahun.
Selain pameran, ceraÂmah, tayangan video, pertanÂdingan mewarna, kuiz turut diadakan bagi memeriahkan lagi sambutannya.
Sementara itu, pengunjung turut teruja beriÂkutan berpeluang melihat haiwan tersebut.
Bagi juruteknik, Norashikin Muhamad, 30, teruja kerana dapat melihat sendiri haiwan terbabit buat julung kalinya.
Norashikin yang datang bersama beberapa ahli keÂluarÂganya mengetahui meÂngeÂnai sambutan itu meneÂrusi aplikasi WhatsApp.
"Tak sangka dapat tengok sendiri gajah sebanyak ini dan bukan senang nak lihat haiwan ini secara dekat," katanya.
Reaksi sama oleh Hairi Yusof, 45 yang datang dari Putrajaya bersama keluarganya kerana tidak mahu melepaskan peluang tersebut menyaksikan haiwan tersebut.
Menurutnya rugi jika tidak datang ke program itu selain menimbulkan keseÂdaran terhadap dirinya berikutan ancaman yang dihadapi haiwan itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment