Daim nafi terlibat usaha halang Anwar jadi PM

Sunday, September 2, 2018

Daim nafi terlibat usaha halang Anwar jadi PM


Sebaliknya, beliau berkata, hubungannya dengan Anwar amat baik dan mereka berdua pernah enam kali bertemu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih di dalam penjara.

Katanya, hubungan baik itu berlaku seperti mana peralihan lancar kerajaan dari Barisan Nasional (BN) kepada PH.

“Pewarisan dari BN kepada PH berjalan lancar. Jadi, kenapa ia tidak boleh serupa berlaku dalam parti? Kenapa saya harus menghentikannya? Apa kuasa yang saya ada,” katanya kepada South China Morning Post dalam satu sesi temubual, semalam.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa mempunyai bukti dan maklumat kononnya Daim menjadi dalang menghalang Anwar daripada diangkat sebagai Perdana Menteri.

Kata Abdullah Sani, beliau boleh mengemukakan bukti tersebut sekiranya diminta berbuat demikian dan tidak akan berganjak dengan dakwaan berkenaan. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment