Kayuhan amal bawa mesej keamanan

Sunday, September 16, 2018

Kayuhan amal bawa mesej keamanan

Kayuhan amal bawa mesej keamanan

KULIM - Tidak hirau dengan persepsi masyarakat, seorang anak muda akan meneruskan kayuhan amal sejauh 350 kilometer mem­bawa mesej keamanan untuk Syria pada 30 September ini

Aktivis keamanan, Mohamad Farid Yusof, 29 berkata, kayuhan itu adalah kali kedua selepas ia dilakukan pada Jun lalu dengan membawa mesej keamanan untuk rakyat Palestin.

Menurutnya yang juga pelajar Sarjana Pengurusan Awam Uni­versiti Utara Malaysia (UUM) , kayuhan kali ini akan dilakukan secara ber­pasangan dengan rakannya Mohd Noor Badely Bakhtiar, 32 yang akan bermula dari Muar sehingga ke Shah Alam.

"Memang banyak kata-kata ku­rang enak dan kritikan diberikan masyarakat yang tidak faham de­ngan niat kami.

"Kayuhan ini bukan satu aktiviti membuang masa sebaliknya membuktikan kesungguhan kami anak muda membawa mesej keama­nan kepada masyarakat.

"Memang banyak cara lain, tapi ini juga cara yang terbaik dalam mendekati masyarakat dan mem­buktikan kita bersungguh mahu bantu rakyat Islam di Syria," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, beberapa program telah diadakan di institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah untuk mengutip dana dan menyebarkan mesej keamanan ini.

"Sebelum kami buat kayu­han, kita turut adakan program di sekolah dan IPT bagi menyampaikan mesej keamanan kepada golongan ini.

"Kita juga berharap generasi muda ini akan terus bersemangat untuk membuat kerja amal untuk sesiapa saja yang memerlukan dan semai semangat prihatin di dalam diri,"katanya.

Beliau berkata kayuhan itu akan berakhir dengan penyerahan dana yang berjaya di kutip kepada Syria Care di Shah Alam.

"Hasil kutipan dari orang ini akan diserahkan kepada Syria Care, mereka lah yang sampaikan kepada rakyat Syria di sana.

"Orang ramai yang ingin hulur sumbangan boleh berjumpa dengan saya atau beli sambil beramal seperti pelekat keamanan untuk Syria selain melalui jualan kuih," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment