Asak generasi muda cinta negara
KUALA KUBU BHARU - Generasi muda terutama pelajar perlu 'diasak' dengan semangat cintakan negara kerana mereka tidak pernah melalui susah payah individu dahulu memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, generasi muda kini hanya mendengar cerita atau membaca buku sejarah dengan pelbagai nikmat kemajuan.
Menurutnya, tanpa jiwa patriotisme, golongan itu dibimbangi alpa dan lalai dari memelihara keamanan.
"Sebagai pelapis yang akan mewarisi pentadbiran negara, generasi muda mestilah dididik pentingnya cintakan tanah air.
"Sejarah akan mendidik mereka menjadi orang yang cintakan tanah air, menghargai pejuang kemerdekaan dan berusaha mengelak sejarah hitam negara berulang kembali," katanya
pada Majlis Penutup Bulan Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Haji Kamarudin, kelmarin.
June Leow berkata, sambutan Bulan Kebangsaan di sekolah memberi manfaat kepada pelajar melalui aktiviti kemerdekaan seperti pertandingan kuiz, syarahan dan persembahan yang berkaitan sejarah perjuangan negara.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment