Peluang Perak kejar kedudukan terbaik

Sunday, September 16, 2018

Peluang Perak kejar kedudukan terbaik

Peluang Perak kejar kedudukan terbaik

KESEMUA atlet Perak  diharap terus cemerlang pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, Perak yang berada kedudukan keempat dengan meraih 10 pingat emas setakat ini dilihat berpeluang mengejar kedudukan teratas dari segi pungutan pingat.

Menurutnya, atlet-atlet muda Perak telah berjaya neraih pingat emas selain memecahkan rekod kejohanan setakat ini dalam beberapa acara seperti menembak, memanah dan angkat berat

"Ketika ini, Terengganu mendahului dengan 16 emas diikuti Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang. Perak kini berada pada kedudukan keempat dengan 10 emas.

 "Satu perkembangan yang memberangsangkan kerana dalam tempoh lima hari sahaja, Perak berjaya meraih 10 pingat emas," katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Sukma XIX Perak di Casuarina@Meru, malam tadi.

Tambah Ahmad Faizal, Sukma kali ini yang berlangsung dalam semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia mampu menjadi platform terbaik untuk rakyat di negara ini untuk hidup bersatu atas nama Malaysia.

Sementara itu, Ahmad Faizal  sempat mempromosikan beberapa destinasi menarik di sekitar Perak  untuk dikunjungi kontinjen-kontinjen bertanding.

Malah, Ahmad Faizal turut menjemput semua atlet, pegawai kontinjen dan penyokong dari negeri-negeri untik melawat tempat-tempat menarik di Perak yang tersenarai dalam World Of Wonders oleh Lonely Planet.

"Bandaraya Ipoh sendiri begitu popular dengan makanan yang terbaik di dunia, nasi vanggey dan sebagainya.

"Ipoh juga dikenali dengan kepelbagaian budaya, masyarakat berbilang kaum, bangunan bersejarah selain tersenarai sebagai antara tempat terbaik di dunia untuk menjalani kehidupan selepas bersara," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment