Kaji cadangan pas bulanan perjalanan tanpa had rel, bas

Thursday, September 27, 2018

Kaji cadangan pas bulanan perjalanan tanpa had rel, bas


Perkara itu merupakan cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang pertama tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri terlebih dahulu untuk dibincangkan.

“Berdasarkan penelitian awal, kerajaan memerlukan kira-kira RM300 juta setahun untuk memberi subsidi kepada pelaksanaan pas bulanan tanpa had bagi perkhidmatan pengangkutan rel dan bas serta perkhidmatan KTM komuter,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Wan Azizah berkata, mesyuarat hari ini mengambil maklum perkara-perkara mengenai pola pendapatan dan perbelanjaan isi rumah yang dibentangkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment