Isu pusat tahfiz : Permudahkan pusat tahfiz dapat lesen

Thursday, September 27, 2018

Isu pusat tahfiz : Permudahkan pusat tahfiz dapat lesen

Isu pusat tahfiz : Permudahkan pusat tahfiz dapat lesen

KUALA LUMPUR - "Beliau (Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng)  sepatutnya jadi pemudah cara bantu untuk pusat tahfiz memenuhi syarat, bukannya sokong untuknya ditutup,"katanya Naib Ketua Umno Bahagian Kepong Abdul Razak Abdul Rahman.

Razak menerusi satu kenyataannya berkata sebagai seorang ahli Parlimen, kenyataan tersebut dianggap dangkal kerana sepatutnya terlebih dahulu beliau cadangkan mekanisme bagaimana sesuatu pusat pendidikan swasta mampu untuk mematuhi syarat Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya mendapat lesen beroperasi.

"Lip Eng selaku ahli Parlimen yang dipilih tidak boleh terus mengambil keputusan drastik tersebut seolah-olah ianya tidak boleh diselesaikan selain dari menutup terus Pusat Tahfiz tersebut.

"Sekiranya alasan keselamatan bangunan yang menjadi ukuran, beliau patut meninjau kawasan-kawasan lain di parlimennya yang banyak lagi tidak mematuhi syarat ini. Terdapat banyak premis yang melakukan pengubahsuaian dan penambahan tanpa mendapat kelulusan dari DBKL tetapi kenapa ianya tidak ditutup," katanya,semalam.

Menurutnya, perbuatan 'double-standard' ini jelas memberi tanggapan negatif khasnya kepada intitusi keagamaan orang Islam sedangkan dia menjadi Ahli Parlimen tanpa mengira kaum dan agama.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sokong tutup pusat tahfiz di Kepong]

"Kena jaga sentimen antara kaum kerana setiap keputusan yang beliau beri kenyataan tidak dilihat mempunyai agenda tersendiri.

Ahli Parlimen Kepong itu sebelum ini mengalu-alukan keputusan Kementerian Wilayah yang mengarahkan penutupan sebuah pusat tahfiz di Kepong.

Lip Eng berkata, ia selepas beliau melihat  keadaan pusat tahfiz tersebut yang tidak kondusif untuk proses pembelajaran.

Beliau yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan berkata, perlunya garis panduan yang jelas mengenai operasi pusat pendidikan dan jagaan kanak-kanak di negara ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment