Hanya tumpang kenderaan, 20 orang telah diislamkan

Thursday, September 27, 2018

Hanya tumpang kenderaan, 20 orang telah diislamkan

Hanya tumpang kenderaan, 20 orang telah diislamkan

BANGI - Dirinya tidak dikenali malah jika bertemu pasti beranggapan dia hanya insan biasa tiada keistimewaan.

Namun disebalik perwatakannya itu, Mohd Kamal Liew Abdullah adalah insan luar biasa, telah mengislamkan seramai 20 individu yang tidak dikenali.

Uniknya, cara berdakwahnya hanya dengan menumpang kenderaan orang tidak dikenali sekitar lebuhraya Kajang, Sungai Besi.

Kisah ini dikongsi Facebook, Afnan Rosli yang kebetulan menjumpai lelaki istimewa ini di lebuhraya di Bangi.

Katanya, mualaf itu menahan keretanya dan telah memeluk Islam, sejak 20 tahun lalu.

Meskipun tidak bekerja, hidup merempat dengan menumpang teduh di surau, masjid, bawah jambatan namun ia tidak menjadi penghalang untuk dirinya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

"Apa yang menariknya. Pakcik Kamal membuat keputusan yang saya rasa tiada siapa pun antara kita sanggup buat.

"Dia kata dari merempat je, baik berdakwah. Setiap hari pakcik ini akan tahan kereta dari tol Sungai Besi ke arah tol Kajang atau Bangi. Bila sampai sana dia akan tahan kereta lain untuk balik ke tol Sungai Besi sebanyak tiga kali. Bunyi macam Pelik kan?," katanya.

Jelasnya, Kamal bukan sahaja menumpang kereta orang Islam sebaliknya sesiapa sahaja.

"Pakcik Kamal buat macam itu sebab dia kata kalau orang bukan Islam tumpangkan, dia boleh berdakwah tentang Islam, kalau orang Islam tumpangkan, dia akan ingatkan tentang Islam," katanya.

Paling menariknya, Kamal yang hidup sehelai sepinggang ini akan membuat 'over time' pada hujung minggu kerana menyasarkan anak muda sekaligus dapat menyampaikan dakwah.

Dia dipinggirkan keluarganya telah melakukan kerja amal itu belasan tahun dan kini telah menunaikan umrah sebanyak tiga kali atas tajaan individu tidak dikenali.

Bak kata Ustaz Ebit Lew, ada orang, dia tak terkenal oleh penduduk bumi, tapi seluruh penduduk langit kenal dia, ada orang, dia tak kaya di dunia tapi di akhirat beliaulah orang paling kaya raya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment