Bukan saingan PH

Thursday, September 27, 2018

Bukan saingan PH


Port Dickson: PAS bukan saingan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober depan.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Hasan Baharom berkata, PH yang diwakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang mudah dalam PRK itu.

“PAS bukan saingan untuk Anwar menang mudah dalam PRK Port Dickson. Mereka sekadar bertanding dan kita tahu mengapa mereka masuk bertanding.

“Itu hak dialah (PAS) nak tanding. Calon kita (PH) semua orang tahu kerana beliau juga bakal Perdana Menteri kelapan. Kita percaya semua orang mahu Anwar menang dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat selepas menang nanti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bilik Operasi Pemuda AMANAH di Taman Belida di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pemuda AMANAH Pusat, Mohd Sany Hamzan dan Naib Pengerusi AMANAH negeri, Mustaffa Kadir.

Hasan yang juga Ahli Parlimen Tampin berkata, AMANAH akan turun membantu sepanjang kempen PRK berlangsung.

“Apa yang kita harapkan pengundi akan turun beramai-ramai untuk PRK Port Dickson. Kita yakin senario kempen akan rancak. Pengundi mahu Anwar menang bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, Hasan juga berharap media berlaku adil dalam melaporkan sebarang berita bagi PH dan parti lawan.

“Walaupun Pakatan Harapan adalah kerajaan sekarang, tetapi media bebas dan patut beri ruang sama rata kepada PAS dan calon lain,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan PAS akan meletakkan calon bertanding pada PRK Parlimen Port Dickson.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment