25 ahli majlis MPT ikrar bebas rasuah
TAIPING - Seramai 25 ahli Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai komitmen melaksanakan tugas deÂngan penuh amanah, menghindari rasuah dan salah guna kuasa.
Majlis melafazkan ikrar IBR yang berlangsung di Dewan Mesyuarat Cempaka, bangunan MPT di sini hari ini diketuai Yang Dipertua (YDP) MPT, Datuk Abdul Rahim Md Ariff dan diiringi dua ahli majlis iaitu Mohd Saad Ismail dan Khaw Eng Lien sambil disaksikan Timbalan Pengarah SPRM Perak, Ahmad Shukri Mohd Taib.
Pada 15 Ogos 2017, kesemua kakitangan dan pegawai MPT telah menyempurnakan lafaz IBR dan upacara menandatangani perjanjian dengan SPRM itu.
Abdul Rahim berkata, MPT menzahirkan sokoÂngan dalam usaha mencegah salah guna kuasa dan jenayah rasuah dengan menandatangani IBR.
âLafaz ikrar dan tandatangan IBR ini membuktikan MPT tidak berkompromi dengan elemen tidak berintegriti oleh warga penggubal dasar yang menjadi model insan berkualiti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Taiping.
âMPT komited dalam memerangi rasuah di semua peringkat kerana implikasinya boleh meruntuhkan tamadun bangsa dan negara yang pesat membangun,â katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Shukri dalam ucapannya menegaskan kesemua 43 kakitangan SPRM yang bertugas di Perak tidak mampu memantau segala amalan rasuah yang mungkin berlaku di negeri itu tanpa kerjasama orang ramai dan organisasi.
"Justeru, kita memerlukan kerjasama organisasi prihatin untuk membuat aduan atau laporan berkaitan sebarang kes rasuah dan salah guna kuasa dari dalam.
"Melalui inisiatif itu kita bukan sahaja dapat membantu membanteras gejala rasuah, malahan membantu memperbaiki rating indeks rasuah negara yang kini jatuh ke tangga ke-62 dunia pada tahun lalu, berbanding tangga ke-55 pada tahun 2016.
"Sekiranya rating indeks rasuah negara semakin merudum, kita bimbang situasi itu akan mempengaruhi minat pelabur untuk melabur di negara ini, sekali gus mewujudkan ketidakstabilan ekonomi negara lebih parah apabila pelabur mula lari untuk melabur ke negara lebih bersih dan telus pentadbiran," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment