PKR tak bincang kerjasama Umno: Wan Azizah

Thursday, September 27, 2018

PKR tak bincang kerjasama Umno: Wan Azizah

PKR tak bincang kerjasama Umno: Wan Azizah

SERDANG - Tiada perbincangan mengenai kerjasama antara PKR dan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak mengetahui mengenai rancangan Umno untuk membentuk kerjasama tersebut seperti yang dinyatakan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kita tidak bincang, kita mesti tengok macam mana...takkanlah hendak berkerjasama pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang, di sini hari ini.

Pada Rabu lalu, Ahmad Zahid dilaporkan sebagai berkata Umno berharap dapat membentuk kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti dari Pakatan Harapan secepat mungkin.

Menurut Ahmad Zahid kerjasama itu boleh dicapai menerusi perjanjian bersama sebelum atau selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut laporan media, desas-desus mengenai kerjasama tersebut muncul selepas Barisan Nasional bertindak memboikot PRK Parlimen Port Dickson sehingga menimbulkan persepsi Umno mungkin bekerjasama dengan PKR bagi memberi laluan mudah untuk Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isa keluar Umno, umum tanding PRK Port Dickso]

Ditanya mengenai kenyataan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semalam mengenai hasratnya untuk bertanding menentang Anwar sebagai calon Bebas dalam PRK tersebut, Dr Wan Azizah berkata sesiapa sahaja berhak untuk bertanding.

"Itu hak dia. Sesiapa sahaja boleh bertanding," katanya secara ringkas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Port Dickson untuk Anwar]

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas bagi membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang baru-baru ini, menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada PRU14 9 Mei lalu, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17, 710 undi mengalahkan calon BN, Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment