Bukan masa untuk mengutuk: Syed Saddiq

Thursday, September 27, 2018

Bukan masa untuk mengutuk: Syed Saddiq

Bukan masa untuk mengutuk: Syed Saddiq

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap berdiri teguh di belakang pemain muda meskipun pasukan bola sepak bawah 16 tahun (B-16) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tewas kepada Jepun hari ini dengan 2-0.

Menerusi Twitter beliau, kini bukan tiba masanya untuk rakyat mengutuk para pemain kerana mereka telah cuba sebaiknya ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil berlangsung jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun katanya, penilaian semula perlu dilakukan ke atas Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (PPBN) juga dikenali sebagai NFDP.

Netizen juga memberi sokongan serta kata-kata positif dan juga berharap penilaian PPBN perlu dilakukan segera namun tidak sewajarnya dibubarkan kerana ia satu-satunya platform bagi anak-anak muda mencungkil bakat dalam arena bolasepak.

Malaysia pada kedudukan terakhir peringkat Kumpulan A dan kekalahan dengan Jepun, Malaysia tersingkir daripada saingan AFC (B-16).



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment