BN boikot PRK Port Dickson

Monday, September 24, 2018

BN boikot PRK Port Dickson


Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dicapai selepas mengadakan perbincangan dengan parti-parti komponen utama BN iaitu MIC dan MCA.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, langkah itu sejajar dengan situasi kerajaan ketika ini yang didakwa dihimpit dengan masalah kewangan.

“Kita mengambil keputusan bahawa BN akan memboikot PRK Port Dickson. Kita tidak akan meletakkan calon yang mewakil mana-mana parti BN,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment