Sambutan Aidilfitri SMKAP Alawiyah meriah dalam suasana desa

Sunday, July 1, 2018

Sambutan Aidilfitri SMKAP Alawiyah meriah dalam suasana desa

Sambutan Aidilfitri SMKAP Alawiyah meriah dalam suasana desa

MAJLIS Sambutan Aidilfitri bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah, baru-baru ini berlangsung dengan cukup meriah dengan kehadiran 780 pelajar dan guru serta 100 kakitangan sekolah.

Majlis anjuran sekolah dengan kerjasama PIBG itu bermula seawal jam 9.40 pagi dan pekarangan sekolah ceria dengan warganya memakai baju raya berwarna-warni.

Setiausaha program, Ruzaimi Othman berkata, sambutan raya merupakan program tahunan sekolah.

“Setiap tahun, kita akan raikan sambutan peringkat sekolah.

“Selain mengeratkan silaturahim dan memupuk kerjasama dalam kalangan guru, pelajar dan AJK PIBG, sambutan raya juga bertujuan berkongsi kegembiraan bersama pelajar kurang mampu,” katanya.

Selain warga sekolah, turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad, Ketua Sektor Jaminan dan Kualiti JPN Perlis, Siti Hatifah Yahya dan AJK PIBG.

Majlis sambutan tahun ini berkonsepkan suasana beraya di kampung.

Dewan dihias dengan suasana raya, laman disediakan untuk memasak lemang, menganyam ketupat dan sebagainya.

Juadah pula menggunakan khidmat katering dengan pemasangan empat khemah bagi menempatkan menu seperti nasi minyak, ayam masak merah dan dalca.

Terdapat menu sampingan yang turut disediakan seperti aiskrim, roti canai, kueteow sup siam, ketupat rendang, gulai daging, apam balik, rojak, bihun sup, kuih dan kek serta teh tarik.

Sehubungan itu, Ruzaimi mengharapkan agar program sebegini akan lebih meriah pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai pelajar dan guru dalam membuat persiapan.


 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment